Sabtu, 16 April 2011

Lady Gaga Kritik Radio Malaysia Kerana Ubah Lirik Berunsur Gay!


Sebagai selebriti bertaraf dunia, Lady Gaga nampaknya tidak memahami tahap sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu lirik yang provokatif, sensitif. Yang menjadi isu, kandungan lagu Born This Way mengandungi lirik berunsurkan provokatif  & sensitif terhadap pendengar Malaysia. Pendek kata, lagu tersebut mengalakkan fenomena “Saya gay, saya okay” yang pernah menjadi isu panas negara sekitar Januari lalu.
Lirik tersebut telah disunting oleh radio-radio tempatan atas alasan ia melanggar peraturan kerajaan, “good taste or decency or are offensive to public feeling”. Disebabkan itu, Lady Gaga telah mengkritik radio-radio Malaysia secara terbuka dalam temubualnya bersama Google baru-baru ini.
Satu soalan ditanyakan kepada Lady Gaga oleh jurucakap Google, “How do you feel that Malaysia radio station editing out No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I’m on the right track, baby?”
“Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn’t have specifically put those words in the song.” Dia kemudiannya mengalakkan peminat-peminat di Malaysia supaya membantah penyuntingan lirik tersebut.
“All the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard,” sambung Lady Gaga lagi.
Lady Gaga kemudiannya menambah, “You must do everything that you can if you want to be liberated by your society.”
Pendapat kami, nak kata dia bersalah 100% pun tidak, sebab dia memang tak tahu apa-apa! Lady Gaga tak pernah datang ke Malaysia, dia tidak akan memahami budaya rakyat Malaysia yang memang sensitif & taboo terhadap isu gay.
Jadi semuanya terserah kepada pendengar Malaysia. Kami rasa, when there’s no demand, there’s no supply. Apa pendapat anda pula? Tonton minit ke 37:00 untuk mendengar respon Lady Gaga berkenaan isu ini.


Sumber dari ohbulan

Tiada ulasan: