Saturday 19 July 2014

Info World Cup

Info World Cup. Semua info di bawah disediakan semasa World Cup 2014 dan Germany adalah juara pada tahun tersebut.









Read More »

Thursday 17 April 2014

Apa itu VTEC?



Apa itu VTEC?

VTEC adalah kependekan bagi Variable Valve Timing and lift Electronic Control (Pemasaan dan bukaan Injap Boleh Laras Kawalan Elektronik). VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras yang diperkenalkan oleh Honda bagi meningkatkan kecekapan volumetrik enjin, dan sistem VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras komersial pertama digunakan dalam industri automotif. Sistem VTEC dicipta oleh jurutera R&D Honda, Ikuo Kajitani.

Sepintas lalu

Dalam sesebuah enjin, saiz sesondol bukan sahaja menentukan bukaan injap, malah turut menentukan pemasaan dan tempoh masukan / keluaran. Apabila kelajuan enjin semakin meningkat, tempoh masukan campuran udara-bahan api serta tempoh keluaran gas ekzos menjadi semakin terhad. Namun demikian, saiz bukaan injap yang tetap menghalang lebih banyak campuran udara-bahan api untuk masuk ketika kelajuan tinggi, sekaligus mengehadkan kuasa maksimum enjin. Oleh itu, sistem pemasaan injap boleh laras dicipta bagi membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran semasa kelajuan enjin tinggi, seterusnya meningkatkan kuasa enjin.


Jenis-Jenis VTEC

VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)

Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder - sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali.

Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.

VTEC-E

VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.

VTEC 3 Peringkat

VTEC 3 Peringkat menggabungkan kedua-dua teknologi VTEC-E dan VTEC konvensional. Pada kelajuan rendah, hanya 1 injap masukan sahaja dibuka secara lalai. Pin pengunci pertama mengunci injap masukan kedua semasa kelajuan enjin sederhana manakala pin pengunci kedua digerakkan untuk membolehkan sesondol bukaan besar digunakan pada kelajuan tinggi. Dengan ini, enjin yang menggunakan VTEC 3 Peringkat dapat memanfaatkan kedua-dua penjimatan minyak dan peningkatan kuasa enjin.

i-VTEC

i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan "kejutan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi.

Terbaru VTEC Turbo


Honda Motor Co., Ltd. hari ini mengumumkan pembangunan enjin VTEC TURBO, enjin petrol dengan suntikan bahan api terus yang sesuai untuk kenderaan bersaiz kecil dan sederhana. VTEC TURBO merupakan tambahan terbaru teknologi Earth Dreams yang merupakan teknologi enjin generasi hadapan yang menggabungkan elemen keseronakan memandu dan penjimatan bahan api yang terbaik.

VTEC TURBO akan mempunyai 3 versi iaitu 2.0 L, 1.5 L dand 1.0 L yang bakal dipasang pada model global generasi akan datang Honda bergantung kepada karekteristik model tersebut dan kehendak pelanggan tempatan.

■ Enjin petrol 2.0 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus

Enjin ini mempunyai unit pengecas turbo pengeluaran tinggi, teknologi suntikan bahan api terus dan sistem penyejukan berprestasi tinggi. Ini merupan enjin inovatif berprestasi tinggi yang mampu menjana pengeluaran maksimum melebihi 280 HP selain mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO 6, standard pelepasan asap Eropah yang bakal bermula pada tahun 2014.

■ Enjin petrol 1.5 L turbo 4-silinder suntikan bahan api terus / Enjin petrol 1.0 L 3-silinder suntikan bahan api terus

Ini merupakan enjin kompak generasi akan datang yang menggabungkan enjin asas dengan rekaan framework terbaru, sistem VTEC yang mampu mengurangkan geseran, unit pengecas turbo dengan inertia rendah dan responsif tinggi selain teknologi suntikan bahan api terus yang mampu mencapai keseimbangan terbaik antara pengeluaran tinggi dan kilasan, melebihi enjin aspirasi natural dengan penjimatan bahan api yang unggul.
Read More »