Sunday 29 June 2008

Tmn Dagang, Ampang

Hari tu 27/6 lepas kerja. Singgah ke Galaxy Complex di Ampang. Tempat yg menarik kat sana ialah tingkat 3A, ader MBO. MBO nie best pergi dan senang dapat tempat berbanding tempat lain yg femes tapi kena beratur lama dan selalu dapat tempat yg menyebabkan sakit leher. MBO dah selalu pergi tapi kali nie istimewa sebab pergi dgn kawan2 dan ader sorang kawan yg baik :-).

Citer kali nie citer WANTED.
Read More »

Wednesday 25 June 2008

Subang Jaya, Lebuhraya Persekutuan, Titiwangsa

Hari nie lepas jer urusan rasmi dari Pusat bandar Subang Jaya terus jer balik pulang ke KL. Dah lama giler x bawa kenderaan pergi subang jaya nie last sekali akhir tahun 2006. Skang nie x der kon2 pembinaan jln lagi kat belakang bangunan K4 dan Subang Parade. Antara rumah dgn subang jaya kalu ikut x der la jauh cuma nak melalui kena masuk "Federal Highway" yg mmg terkenal dgn jln jem teruk pada waktu puncak. Harap bila saat memerlukan "Federal Highway" tu nanti, x derla jem teruk tiap2 pagi dari KL-Shah Alam.

Masa nak pulang ke KL tu terus ke Mcd Jln Pahang. Bungkus dan terus pergi Titiwangsa. Sambil pandu slow2 tgk persekitaran Titiwangsa yg banyak sgt dah berubah. Teringat zaman kolej dulu. Tiap2 ptg berjalan kaki melalui Titiwangsa sampai ke bustop 70 sen. Maklumla nak jimat tambang punya pasal. Skang nie jln2 kat titiwangsa dah kemas dan bertambah selesa. Dgn Signboard utk pejalan Kaki, Aktiviti bertambah di pusat sukan dan paling baru "Mata Malaysia". 2 Tapak nyamuk membiak pun dah ader stesen minyak Shell dan Pusat Jual Kereta.
Read More »

Tuesday 3 June 2008

Pulau Perhentian

23-27 may 2008 yg lalu adalah jalan2 ke pulau perhentian di terengganu (Kalau nak gi kena naik kat jeti K besut). Pulau tu terkenal dgn air yg jernih dgn batu karang serta macam2 ikan dan hidupan laut.

Kat sana aktiviti utama x lain x bukan, snorkling dan diving (Diving nak dapatkan lesen mmg mahal) serta Surfing (Org sana kata bulan 10 baru ada sbb ada angin monsun). Jadi, snorkling menjadi pilihan paling utama. Snorkling kena bayar rm 40 seorang 6 point. Macam2 kehidupan laut boleh nampak. Nasib juga dapat tgk penyu tgh makan planton kat dasar laut. Antara hidupan laut yg femes (Ikan Pari, Nemo, penyu dan Jerung). Cuma ikan jerung x dapat lihat sbb tempat ikan jerung dalam sedikit dan berombak kuat dan kiter kena gi jauh dari bot kalu nak tgk ikan jerung. Ikan jerung kat sini bukan kecik dan beranggaran dlm 1.81 meter panjang (ikan jerung kadang2 akan dtg secara tiba2 mengelilingi kita).
Apa lagi yg best kat pulau perhentian? kat sana ramai pelancong asing kebanyakan org putih yg suka berjemur dan seksi2(cuma nak bagitahu).

Lagi citer masa perjalanan pergi dan balik. Sebenarnyer dah lama sangat x lalu jln k lipis, jln merapoh dan jln gua musang. 3 jln tu terkenal kalau nak pergi terengganu dan kelantan dan juga nampak bahaya. Kalau sesaper nak cepat mahir memandu, cubalah jln tu. Satu lagi kesimpulan, waktu malam lebih senang nak memotong berbanding siang. Kenapa? Cubala sendiri baru tau.
Read More »