Wednesday, 25 June 2008

Subang Jaya, Lebuhraya Persekutuan, Titiwangsa

Hari nie lepas jer urusan rasmi dari Pusat bandar Subang Jaya terus jer balik pulang ke KL. Dah lama giler x bawa kenderaan pergi subang jaya nie last sekali akhir tahun 2006. Skang nie x der kon2 pembinaan jln lagi kat belakang bangunan K4 dan Subang Parade. Antara rumah dgn subang jaya kalu ikut x der la jauh cuma nak melalui kena masuk "Federal Highway" yg mmg terkenal dgn jln jem teruk pada waktu puncak. Harap bila saat memerlukan "Federal Highway" tu nanti, x derla jem teruk tiap2 pagi dari KL-Shah Alam.

Masa nak pulang ke KL tu terus ke Mcd Jln Pahang. Bungkus dan terus pergi Titiwangsa. Sambil pandu slow2 tgk persekitaran Titiwangsa yg banyak sgt dah berubah. Teringat zaman kolej dulu. Tiap2 ptg berjalan kaki melalui Titiwangsa sampai ke bustop 70 sen. Maklumla nak jimat tambang punya pasal. Skang nie jln2 kat titiwangsa dah kemas dan bertambah selesa. Dgn Signboard utk pejalan Kaki, Aktiviti bertambah di pusat sukan dan paling baru "Mata Malaysia". 2 Tapak nyamuk membiak pun dah ader stesen minyak Shell dan Pusat Jual Kereta.
Read More »

Tuesday, 3 June 2008

Pulau Perhentian

23-27 may 2008 yg lalu adalah jalan2 ke pulau perhentian di terengganu (Kalau nak gi kena naik kat jeti K besut). Pulau tu terkenal dgn air yg jernih dgn batu karang serta macam2 ikan dan hidupan laut.

Kat sana aktiviti utama x lain x bukan, snorkling dan diving (Diving nak dapatkan lesen mmg mahal) serta Surfing (Org sana kata bulan 10 baru ada sbb ada angin monsun). Jadi, snorkling menjadi pilihan paling utama. Snorkling kena bayar rm 40 seorang 6 point. Macam2 kehidupan laut boleh nampak. Nasib juga dapat tgk penyu tgh makan planton kat dasar laut. Antara hidupan laut yg femes (Ikan Pari, Nemo, penyu dan Jerung). Cuma ikan jerung x dapat lihat sbb tempat ikan jerung dalam sedikit dan berombak kuat dan kiter kena gi jauh dari bot kalu nak tgk ikan jerung. Ikan jerung kat sini bukan kecik dan beranggaran dlm 1.81 meter panjang (ikan jerung kadang2 akan dtg secara tiba2 mengelilingi kita).
Apa lagi yg best kat pulau perhentian? kat sana ramai pelancong asing kebanyakan org putih yg suka berjemur dan seksi2(cuma nak bagitahu).

Lagi citer masa perjalanan pergi dan balik. Sebenarnyer dah lama sangat x lalu jln k lipis, jln merapoh dan jln gua musang. 3 jln tu terkenal kalau nak pergi terengganu dan kelantan dan juga nampak bahaya. Kalau sesaper nak cepat mahir memandu, cubalah jln tu. Satu lagi kesimpulan, waktu malam lebih senang nak memotong berbanding siang. Kenapa? Cubala sendiri baru tau.
Read More »

Sunday, 4 May 2008

Sukran "ARAB"

Masa mlm hari pekerja, cam biasa kalau ader cuti jer, mesti mlm di penuhi dgn lepak dan bermain game. Dah jadi trend org skang lepaskan penat bekerja mesti kuar lepak minum2 dgn kawan. Kalau yg jenis yg suka main game lepas minum2 sambung lak main game.

Game zaman skang bukan cam dulu. Dulu kalau org tu kaki game jer, org akan cakap dier x suka berkawan. Lain lak utk zaman skang, Org yg kaki game nie lagi banyak kawan tak kira kawan global (Online Game) dan kawan2 kat cc(LAN GAME, x kenal pun leh rapat)

Pendek Citer, ader sorang member nie silap2 leh dapat kawan baru oleh kerana perkataan "SUKRAN". Citer dier camni , member nyer group tgh main COD 4 dan group yg lagi satu tgh main DOTA. Group DOTA main sgt bising dan selalu jer sebut "SUKRAN" kuat2 banyak kali. Member COD 4 sorang nie x sedar dier pun terajuk "SUKRAN" banyak kali gak sampai dorang dengar.

Sejak Ari tu Muncul la satu gelaran baru utk mereka "KAWAN ARAB"
Read More »

Saturday, 5 April 2008

Exzos Kereta Patah

Dah lama tak tulis, Hari nie kena welding exzos kereta sebab tadi patah. Cerita begini, masa lalu balik dari kg baru tadi dlm pukul 2.00pm sampai kat jalan kat depan pintu gerbang kg baru, tiba2 terasa ader bunyi bising di belakang. Ingatkan ader barang dlm bonet bergolek jadi mula2 biarkan la. Tapi x sedap hati lak lalu berhenti kat depan hotel renaisance. Rupa-rupanya patah exzos part yg hujung sekali selepas gandang besar exzos tu.

Pastu tepon member yg biasa dgn kereta-kereta nie. Bermula la siri mencari kedai welding. Mula-mula g kedai yg member cadangkan tapi org welding tgh makan. Pegi kedai kedua pun org welding tgh makan. Pastu kedai ketiga pun sama.. Jadi pergi la jauh sikit, ingatkan ok kedai ke empat, rupanyer org welding makan gak. lepas sampai kedai ke lima baru la dapat welding exzos tu.

Nasib ari nie kena time waktu lunch, 4 kedai x der org welding. Tapi ari nie atleast tau gak la biler part2 besi kat kereta patah dan tau aper nak buat. Siap tau harga cat kete tu... tak rugi la berjalan-jalan cari kedai welding
Read More »

Friday, 11 January 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah Utk Semua. :-)
Read More »

Sunday, 6 January 2008

Tayar Pancit

Hari ni tayar keter pancit. Sebenarnya tayar pancit dari minggu lepas lagi. Minggu lepas pam kat stesen minyak nak tgk baper lama dier leh bertahan. Rupa nyer leh tahan seminggu jer. Jadi hari ni pancit lagi maka terpaksala hantar ke kedai tayar utk pemeriksaan. Hasil nyer ader zink melekat kat tayar. Jadi penampalan di lakukan dgn cara yg dilakukan utk tayar tubeless.
Read More »

Tuesday, 1 January 2008

2008

Selamat Datang 2008
Kena pastikan 2008 nie jadi tahun paling berharga dan akan memimpin tahun2 yg akan datang.
Read More »