Saturday, 14 May 2011

Nasi Ambang

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah nasi ambang itu? Nasi ambang biasanya sinonim dengan makanan tradisi masyarakat melayu Jawa. Nasi ambang merupakan nasi dengan lauk pauk (lauk tradisi masyarakat jawa) di dalam satu talam (ambang) yang akan di makan 4-5 orang tetamu untuk satu talam di satu-satu majlis seperti kenduri doa selamat. 



Namun, mereka tidak makan sekali dan mereka akan di beri plastik seorang satu untuk di bawa pulang untuk di makan bersama keluarga. Mereka akan membahagi-bahagikan bahagian masing-masing untuk di bungkus. Dan selesai sahaja nasi itu di bungkus mereka pun beransur pulang. Mana yang tinggal akan beramah mesra dengan tetamu lain dan pihak tuanramah. Itulah keunikan adat ini .




No comments:

Post a Comment