Sunday, 15 May 2011

Memasak Begedil

Semua orang tau apa itu begedil? begedil adalah makanan yang berasaskan kentang. Ianya antara makanan yang popular di gerai-gerai nasi berlauk. Selain makan bersama nasi ianya juga diletakkan di dalam apa-apa jenis Soto (Mee, Mihun, Nasi Impit). Biasanya harga di gerai berlauk di jual RM0.80- RM1.00 mengikut saiz . Terpulang pada empunya gerai hendak buat besar mana.

Di sebabkan tidak puas makan di gerai (Nak makan banyak nanti mahal nasi berlauk tu) jadi aku pun buat sendiri. Pada asalnya isteriku hendak buat begedil ni. Di sebabkan aku ada banyak masa terluang aku merancang membuat sendiri. Bahan-bahan semua telah di sediakan oleh isteriku dan aku cuma melaksanakan membuatnya. Akibat rasa tamak dan ingin kepuasan maksima jadi aku pun buat sehingga 6 biji kentang. Ketamakan ini makin teruk bila aku gumpalkan besar-besar tidak seperti di kedai yang buat kecil-kecil (Gerai lebihkan keuntungan dari pentingkan kepuasan pelanggan). 

Antara bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat  begedil ini. Bahan-bahan mudah je.
  • 6 biji kentang
  • 3 genggam daging kisar 
  • 1 1/2 garam
  • 1 1/2 lada hitam
  • daun sup yang dihiris halus
  • sebiji telur
Akhirnya begedil ini siap di masak. Lihat gambar-gambar di bawah. Rasanya 2/3 begedil ni aku yang bedal :-)


1. Kentang di rebus & di buang kulit

2. Kentang di lenyekkan
3 Bahan-bahan telah di sediakan
4. Bahan-bahan di gaul bersama
5. Kentang di ketulkan dengan telur 
6. Begedil siap untuk di makan

Read More »

Saturday, 14 May 2011

Nasi Ambang

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah nasi ambang itu? Nasi ambang biasanya sinonim dengan makanan tradisi masyarakat melayu Jawa. Nasi ambang merupakan nasi dengan lauk pauk (lauk tradisi masyarakat jawa) di dalam satu talam (ambang) yang akan di makan 4-5 orang tetamu untuk satu talam di satu-satu majlis seperti kenduri doa selamat. 



Namun, mereka tidak makan sekali dan mereka akan di beri plastik seorang satu untuk di bawa pulang untuk di makan bersama keluarga. Mereka akan membahagi-bahagikan bahagian masing-masing untuk di bungkus. Dan selesai sahaja nasi itu di bungkus mereka pun beransur pulang. Mana yang tinggal akan beramah mesra dengan tetamu lain dan pihak tuanramah. Itulah keunikan adat ini .




Read More »

Wednesday, 11 May 2011

Malaysian Largest Parenting Expo (6-7 May 2011)

Malaysian Largest Parenting Expo









Read More »

Monday, 2 May 2011

Modified your Marshal GPS

Adakah GPS anda bergantung kepada satu navigasi sistem pada perkakasan GPS anda? adakah navigasi sistem anda yang satu itu memberi anda segala maklumat yang di perlukan. Jika tidak, mari kita pelbagai system navigasi pada perkakasan GPS anda. Experimen ini telah di lakukan pada perkakasan GPS jenama Marshal Leutenant 5.0". Pada sesiapa yang ada GPS jenama ini, jangan bersedih lagi dan telah terbukti jenama ni boleh di'install' pelbagai program navigasi yang lain. Setakat ini telah berjaya install Papago X7, 
Mapking(default) dan Garmin mobile XT. Cuma papago x3 tidak berjaya sebab system tidak boleh detect signal satelite. Apa yang anda perlukan untuk upgrade GPS anda:
  1. GPS launchpad v5.00
  2. Papago! X7 M3GPS
  3. Garmin Mobile XT 5.0.3w
  4. Mapking Landmark (default : biasanya program sedia ada)
Susunan dalam SD external
GPS launchpad v5.00


p/s Ketiadaan apps ini masih boleh meng'run'kan pelbagai navigasi anda. cuma dengan ada nya apps ini akan memudahkan anda memilih navigasi.
GPS Launchpad Theme (sedikit ubahsuai pada script telah di buat)


Papago! X7 M3GPS
Papago dan mapking mempunyai aturan program yang lebih kurang akan tetapi map yang di hasilkan oleh papago lebih menarik.

Download keempat-empat file dahulu kemudian extract dan letakkan di SD external
http://www.4shared.com/file/AjIshn5j/Papago_X7_M3GPSpart1.html
http://www.4shared.com/file/1A1e-XLx/Papago_X7_M3GPSpart2.html
http://www.4shared.com/file/ohJdyDfo/Papago_X7_M3GPSpart3.html
http://www.4shared.com/file/dvuBKvlr/Papago_X7_M3GPSpart4.html
Map http://www.malfreemaps.com


Mapking Landmark
Mapking sama seperti papago cuma map mapking lama untuk update




Garmin Mobile XT 5.0.3w
Jika anda mempunyai alamat lengkap berserta poskod, garmin merupakan navigasi yang paling cekap dan garmin akan menjadi lebih susah untuk mencari destinasi jika tiada alamat lengkap berbanding papago atau mapking.



p/s Andai kata semua link ini tiada, sila cari merata-rata di google. Semasa experimen di lakukan banyak link-link asal telah di 'remove'. Google banyak membantu untuk mendapatkan link-link tersebut. Semoga berjaya.

Read More »

Friday, 29 April 2011

Cara mengurangkan berat badan dengan berkesan!!

Kebanyakan kita menggunakan cara yang lambat untuk menurunkan berat badan. Kaedah yang sering di gunakan adalah dengan hanya Endurance (berjogging, berbasikal dan berenang) sahaja. Endurance sahaja boleh mengurangkan berat dan bagus untuk menguatkan jantung kita tetapi untuk mengurangkan berat dengan berkesan dan cepat hendaklah di gabungkan dengan kaedah-kaedah yang lain (nanti akan di ceritakan). Kaedah lain yang popular di gunakan adalah dengan tidak makan nasi atau kurang makan. Cara ini memang dapat mengurangkan berat secara mendadak tapi ianya tidak bertahan lama. Andai kata diet ini tidak teruskan maka berat badan yang turun tadi akan naik semua malah akan lebih teruk lagi. Pengambilan pil pengurus badan juga bukan la idea yang baik.

Image result for endurance

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana pil-pil yang ada di pasaran berperanan menghilangkan lemak. Adakah ianya bahaya atau tidak, bergantung kaedah pil itu membuang lemak. Apa yang di cadangkan adalah mengambil pil yang berperanan menaikkan metabolisma. Ianya adalah cara semulajadi untuk membantu mengurangkan berat dengan cara yang selamat. Jika peranan pil itu lain seperti itu adalah tidak di galakkan. Rujuk pada farmasi-farmasi untuk pil ini. Di bawah ni adalah kajian program yang di buat ke atas 72 orang berlebihan berat badan selama 8 minggu. Ada dua kategori, yang pertama kategori yang hanya melakukan Endurance (Cardio) selama 30 minit dan yang ke dua melakukan 15 minit Endurance (cardio) & 15 minit Weight Training (angkat beban).

(8 week program, 72 over weight individuals)


Endurance Training (30 min)

Endurance (15 min) & Weight Training (15 min)

Weight Change (lbs)

-3.5

-8

Fat Change (lbs)

-3

-10

Lean mass Change (lbs)

-0.5

2

Kalau kita lihat pada jadual di atas cara yang berkesan menurun berat adalah manggabungkan Endurance & Weight TrainingLean mass adalah otot pada badan. Kebanyakan wanita bimbang jika melakukan Weight Training otot mereka akan besar. Jangan bimbang sebab mereka yang ingin menambah size otot mempunyai diet yang tersendiri (pengambilan protein yang tinggi). Kalau kita amalkan permakanan berpandukan jadual pyramid (makanan seimbang) tidak perlu bimbang hal ini. Mengapa kalau kita hanya melakukan Endurance kurang berkesan? Ini sebab jika melakukan selama 30 minit hanya mengekalkan tempoh kadar metabolisma yang tinggi dalam tempoh 2-3 jam. Masalah lain yang akan berlaku ialah Lean mass (otot) akan mengecut. Berlainan jika menggabungkan Endurance & Weight Training akan mengekalkan kadar metabolisma yang tinggi dalam tempoh yang lama. Bawah ni satu lagi info lain yang telah di buat.

(8 week program, 40 obese women)


Control

Diet

Weight Training

Weight Training & Diet

Weight (kg)

-0.38

-4.47

0.45

-3.89

Fat (kg)

-0.07

-3.56

-0.62

-4.32

Lean mass (kg)

-0.31

-0.91

1.07

0.43
Read More »

Thursday, 28 April 2011

Trend permakanan sekarang menyebabkan obesiti?

Fast food









Read More »

Tuesday, 26 April 2011

Baby fair summit 23-24/4/2011 (pureen)

Baby Fair Summit

Read More »