Ahad, 23 September 2007

Rock Climbing

Apa tu Indoor Rock Climbing?. Sukan panjat dinding dan bukan nyer ayam dinding yg femes tu (siler tgk gambar sebelah). Mari dengar bila lak aku ini suka benda nie. Mula aku di sarankan oleh seorang fisioterapi buat training utk kuatkan tempat yg aku injured. dah lama dah. baru nie aku start buat. Last2 aku start sempena lagi beberapa hari nak besday aku ini. Awal bulan 8 2007, aku dtg sana cuma atas tujuan nasihat fisioterapi tapi aku ternampak satu dinding tinggi (setinggi 2 tingkat) yg banyak batu2 nama lain dier "indoor rock climbing". Aku pun berdiri sebelah benda tu dgn perasaan terpegun dlm hati aku berkata "aku nak panjat benda ni". Aku pun tanya kat org kat sebelah camana nak panjat benda nie. Diorang kata benda nie diorang wat ari sabtu tapi masa2 tertentu, kalu ader letak jer nama. Ikut ati nak jer aku panjat kalu ader waktu2 dier. Tapi bila aku tgk2 dinding tu, aku mesti jatuh kat tengah2 dinding yg senget tu.. ermmm.

Skang nie aku belum panjat lagi. aku nak prepare utk itu. kira rock climbing nie motivasi aku la. Skang nie kire sibuk nak buat persediaan. Bulan puasa nie agak menjejaskan persediaan tapi takper atleast bulan puasa bolehla bantu meringankan badan aku ini... Semoga berjaya pada diri sendiri.. Sebenarnyer thn 2007 nie byk target atau benda aku nak wat. Harap berjalan lancar la.