Tuesday 30 July 2019

Sardin Homemade

Senang ja rupanya nk buat sardin...x yah beli dah..mmg sah sah la halal dan bersih klau sendiri buat...terimakasih tuan punya resepi dlm group ni juga.akak kongsi resepi ya..
Sardin homemade.

Bhn²
2 kilo ikan sardin
1 tin tomato puree
2 senduk cili kisar.
2 senduk bwg kisar
1cwn air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak utk menumis

Cara²
Tumis bwg kisar dan cili kisar Smpai pecah minyak.kemudian masukkan air asam jawa,cili sos,tomato puree.tambah air hingga menutupi ikan.lebih pun x pa.sebab nnti bila masuk dlm pressure cooker kuah akan cepat pekat.masak dlm 60 minit.tulang ikan akan lembut mcm kita beli sardin tin.

Selamat mencuba resepi ringkas dari akak ya.yg mn terkurang blh ditambah sendiri ya...terimakasih Nurliyana Ana Ana kerana sharekan resepi ini..

Sumber :  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Image may contain: food

No photo description available.

Image may contain: food
Read More »

Monday 29 July 2019

Iron Man 3 Menang Tuntutan Saman Poster Meniru


Image result for radix comic

Walaupun telah mati meninggalkan kita semua, nampaknya nama hero Iron Man tetap berjaya memastikan kemenangan ke atas saman ke atas mereka yang mencuri idea dari buku komik Radix untuk poster Iron Man 3 empat tahun lalu.

Untuk pengetahuan korang, poster yang menunjukkan Tony Stark berpakaian perisai Iron Man dalam keadaan bersedia untuk bertarung itu dikatakan telah meniru gaya pada salah satu babak watak Caliban yang terdapat di dalam komik hasil Ben dan Ray Lai pada tahun 2000.



Komik berkenaan dihasilkan oleh syarikat Horizon Comics dan terpaksa akur apabila kalah dalam tuntutan saman mereka kerana mendapati tiada bukti kukuh yang boleh mendakwa Marvel melakukan tiruan sama ada telah melihat lukisan Caliban atau dalam penghasilan poster Iron Man 3.

Mereka juga gagal menunjukkan bukti bahawa tiga edisi komik Radix yang diterbitkan pada 2001 hingga 2002 itu memaparkan lukisan watak Caliban.
Read More »

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-cara:

1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

p/s: boleh try jap lagi..

Sumber: Twitter Resepi Makanan Malaysia

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food
Read More »

Sunday 28 July 2019

Memang Merbahaya, Tapi Ada Sebab Kenapa Kita Tak Perlu Bunuh Lipan Dalam Rumah

Berhadapan dengan haiwan mahupun serangga berbisa seperti kala jengking, tebuan, ular dan lipan pastinya menggerunkan setiap orang. Bisa yang dikeluarkan mampu untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, ramai yang bertindak untuk membunuh haiwan-haiwan tersebut dengan anggapan keselamatannya akan terjamin.

Namun bagi serangga lipan yang sering ditemui merayap di dalam rumah, ia tidak akan mengancam keselamatan diri anda melainkan dirinya yang akan berasa terancam. Benarkah?

Gambar: Science
Anda sebenarnya tidak perlu membunuh serangga ini kerana ianya dapat menyingkirkan serangga-serangga lain seperti lipas, anai-anai dan juga lalat. Perkara ini adalah kerana serangga diatas merupakan sumber makanannya. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya papan dinding kayu akan dimakan oleh anai-anai kerana ianya akan dimakan oleh lipan.

Setiap lipan mengandungi racun berbisa pada kedua-dua belah kakinya mampu untuk membunuh mangsa dalam sekelip mata. Dengan kehadiran lipan yang sentiasa memburu makanannya, rumah anda sudah pasti akan bebas daripada serangga yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga harta benda di dalam rumah.

Gambar: Sains Kompas
Namun, sekiranya anda mahu juga menyingkirkan lipan dari persekitaran rumah, pastinya anda terlebih dahulu menyingkirkan sumber makanannya, iaitu serangga lain.

Sumber: Elite Reader
Read More »

Betul Ke Mandi Malam Boleh Jadi Punca Paru-Paru Berair ? Ini Fakta Sebenar Yang Korang Perlu Tahu

Waktu kecil mahupun pada zaman sekarang pasti ada sesetengah individu yang tidak akan mandi pada waktu malam kerana takut paru-paru berair. Ini mitos atau fakta? Pasti ramai yang keliru dengan hal ini. Mungkin, pantang larang orang-orang tua dahulu sudah menjadi hadam dalam diri kita.

Salah satu perkara yang tidak logik akal ialah lepas waktu Isya, adalah saat jantung bderhenti untuk berehat, jikas kita mandi ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung akibat masuk air. Sebaiknya mandi setelah i jam dari pukul 12 tengah malam. Mandi pada waktu ini kononnya dapat memberi tenaga semula.

Tetapi, anda jangan terus terpedaya dengan mitos ini. Penjelasan jururawat ini mungkin buat anda buka mata dan lebih prihatin dengan kesihatan diri anda. Menerusi laman Facebook Bel Nawhen ini, beliau menjelaskan beberapa fakta menarik tentang mandi pada waktu malam.



Mari kita ikuti penjelasan tentang mandi pada waktu malam ini. 

1. Jika darah menjadi panas, maka melecurlah seluruh badan kerana darah mengalir melalui salurnya ke seluruh anggota badan termasuk otak.

Darah badan dalam purata suhu 36.5°c – 37.5°c. Kalau mandi macam mana pun darah tidak akan sejuk mahupun mengelegak. Penat setelah melakukan pekerjaan seharian adalah satu perkara normal yang dialami oleh setiap individu.


2. Paru-paru tidak boleh masuk air sebab mandi selepas maghrib. Macam mana air pilih-pilih nak masuk dalam paru-paru. Ada timer ke?

Sebab paru-paru berair adalah berlaku jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru (pneumonia) selain komplikasi lain. Degupan jantung normal setiap manusia dewasa adalah lingkungan 60-100 perminit dengan jumlah 100,000 detak sehari dan 3,600,000 setahun. Jika jantung lemah, bermakna memang ada masalah jantung. Bukan sebab mandi malam.


3. Jika jantung berehat, maka seluruh fungsi organ akan berhenti. Sekali lagi, air tidak masuk ke jantung kalau anda mandi sambil minum air sekalipun.

Jantung berdetak 24jam sehari, 365/366 hari setahun dan tidak perlu dicas. Ironman pun tak cas jantung mekanikal dia.


Katanya lagi, orang dahulu melarang mandi pada waktu malam kerana tandasnya diluar dan takut berlaku bahaya kepada seseorang itu jika dia dipatuk haiwan bisa atau cedera kerana terpijak benda tajam dan berkemungkinan pada masa dahulu, kemudahan elektrik sangat terhad. 
Jadi, janganlah pula bila berada dalam zaman moden ini, cara menjaga kebersihan pula ikut zaman tiada elektrik. Ingatlah bahawa jantung berheni bersamaan dengan mati, kulit manusia bukan sperti span yang menyerap air serta manusia bukanlah spongebob.

Sumber: Bel Nawhen
Read More »

Saturday 27 July 2019

Perlu Lebih Berhati-hati - Peniaga Kantoi Jual Sate Ayam Guna Daging Anjing

Kita sememangnya perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan, terutama apabila berada di tempat asing. Ini berikutan terbongkarnya penggunaan daging anjing sebagai bahan asas penyediaan sate ayam dan ini berlaku di Bali, Indonesia.

Perkara ini didedahkan dalam satu laporan oleh badan bebas, Animals Australia yang mendapati berlaku penjualan daging anjing secara haram di kawasan tersebut.



Anjing-anjing tersebut dikatakan dilayan teruk bila mana diracun, dicekik sehingga mati sebelum daging mereka dilapah untuk dijadikan sate.

Makan daging anjing adalah sah di Indonesia tetapi membunuh binatang dengan cara kejam diletakkan racun adalah salah di sisi undang-undang.

Pengarah kempen Animals Australia, Lyn White memberitahu ABC, “Penjualan daging anjing melanggar akta penderaan binatang serta akta keselamatan makanan.”

Ini dapat disahkan lagi apabila wartawan terbabit menyamar sebagai seorang peniaga sate di sebuah kawasan tumpuan pelancong dan peniaga terbabit mengakui bahawa dia menggunakan daging anjing.

Tapi, jawapan itu terus berubah apabila dihampiri sekumpulan pelancong dari Australia, dan menipu dengan mengatakan sate yang dijualnya adalah sate ayam.

Read More »

Friday 26 July 2019

Habis Semua iPhone Pecah Dibuatnya

Sumber gambar: Daily Mail
Ini baru permulaan! Itulah yang kami dapat rumuskan dari apa yang dapat dilihat dari perang ekonomi antara China dan Amerika Syarikat. Selepas Amerika Syarikat mengumumkan untuk menghalang kemasukan Huawei yang kemudiannya melakukan penangguhan selama 90 hari, media dipenuhi dengan reaksi dari pelbagai pihak dan reaksi ini sudah tentu melibatkan rakyat China sendiri.

Terbaru, tersebar video yang menunjukkan rakyat China sudah mula untuk melakukan serangan balas dengan memusnahkan iPhone dan ini sebagai sokongan mereka terhadap jenama tempatan, Huawei.

Sebelum ini, mereka memang sudah mula melakukan protes dan boikot apabila ada beberapa syarikat China telah mula mengeluarkan amaran kepada pekerja mereka untuk tidak membeli produk Apple dan jika amaran ini dilanggar, mereka tidak akan diberikan bonus tahunan.

Read More »

Sungei Wang 'The River of Gold' di 2019



Di peringkat antarabangsa dikenali sebagai "The River Of Gold", Sungei Wang memaparkan daya tarikan dan populariti di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Ia adalah salah satu pusat beli-belah terpanjang dan pusat membeli-belah terbaik di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sungei Wang dibuka untuk perniagaan pada tahun 1977 dengan pusat beli-belah 1.2 juta kaki persegi terdiri daripada tujuh tingkat membeli-belah dan tiga ruang letak kereta tingkat bawah pameran. Pusat membeli-belah terus menerima purata dua (2) juta pengunjung setiap bulan.

Sungei Wang meletakkan dirinya sebagai pusat membeli-belah yang hebat di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan pelbagai pilihan dalam fesyen, aksesori, telefon bimbit, alat, kecantikan dan banyak lagi pada kadar yang berpatutan untuk semua jenis pengunjung.

40 tahun yang lalu dengan sejarah kejayaan dan anugerah cemerlang untuk Sungei Wang. Walaupun terdapat banyak pesaing yang hebat, ianya masih unggul mendahului.

Tapi pada tahun 2019, Sungei Wang seolah tidak bermaya. Banyak kedai yang telah lama beroperasi telah tutup. Bagi generasi x dan y pasti tidak lupa pusat hiburan arked yg menyediakan ratusan permainan arked antaranya SEGA SATELITE. Mereka bukan sahaja datang untuk bermain game malah ada yang datang untuk tempah seluar sekolah mereka yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu. Poket lidah marlboro? petak? bawah besar? pasti menjadi kenangan yang berharga.

17 July 2019...

Image may contain: one or more people

No photo description available.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor






Read More »

“Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” - Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana


Image result for ebby yus zizi kirana
"BERDOSAKAH kalau orang tua dan tak kacak macam saya berjodoh dengan orang muda dan cantik?".

Itu luahan pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 55, apabila foto 'perkahwinan' yang menunjukkan dia bersama pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana lengkap dengan busana pengantin tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, dia tidak marah apabila terbaca komen warganet mengatakan bahawa wanita muda tidak sepatutnya memilih lelaki tua sebagai pasangan.

Namun, dia tertanya-tanya, apakah seseorang sepertinya tidak layak untuk berjodoh dengan orang yang lebih muda dan cantik.

"Saya tak marah dan tak kecewa. Saya maafkan semua kata warganet itu. Cumanya, adakah orang yang cantik itu, jodohnya hanya untuk mereka yang kacak dan muda?

"Semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir sekiranya ia berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Menjelaskan mengenai foto yang tersebar itu, Ebby sendiri menerima pertanyaan daripada banyak pihak sejak semalam.

"Sejak semalam, telefon saya tidak henti berbunyi. Ada yang hubungi saya menerusi panggilan telefon, ada yang menghantar WhatsApp dan ada juga yang menghantar mesej di Instagram.

"Foto ini adalah foto yang diambil di set penggambaran program komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3. Ia diambil atas permintaan penaja yang menaja pakaian serta pelamin untuk set itu.

Related image
"Jadi, apabila ia dimuat naik oleh saya dan beberapa rakan, ia mula tular. Saya pun padam foto itu di Instagram kerana tak mahu berlaku salah faham," katanya.

Ebby juga menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh baik.

"Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih. Sebagai manusia, tentunya kita semua mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup.

"Seandainya Allah sudah tetapkan bahawa penghujung hidup ada bersama wanita yang mengisi rumah tangga, saya terima," katanya.

Terbaru, Ebby masih bersama produksi JKK dan terbabit dalam beberapa penggambaran bersama produksi yang menerbitkan program di YouTube.
Read More »

Terjebak Dengan Trend ”App” Ubahsuai Wajah Nampak Berusia, Ini Risiko Mungkin Anda Tidak Sedar



Sejak beberapa hari lalu tular mengenai kegairahan sebahagian warga maya berkongsi gambar yang diambil menggunakan aplikasi atas talian FaceApps.

Melalui aplikasi berkenaan, mana-mana pengguna berupaya membuat pengubahsuaian terhadap wajah sama ada mahu kelihatan lebih muda, lebih tua serta beberapa ciri-ciri menarik yang lain.

Walaupun begitu, yang kerap dikongsikan oleh warga maya di pelbagai platform media sosial masing-masing adalah pengubahsuaian wajah supaya kelihatan lebih tua.

Trend ini turut perhatian salah satu laman popular perkongsian ilmu kesihatan tanah air, Public Health Malaysia memberi ulasan.

Menurut portal berkenaan, aplikasi FaceApp kini sudah mempunyai lebih 150 juta pengguna di seluruh dunia.

Namun begitu, apa yang mendapat perhatian portal berkenaan adalah keupayaan aplikasi berkenaan untuk menyimpan semua gambar pengguna untuk satu tempoh yang lama selain boleh digunakan kembali untuk apa pun tujuannya.

Anda boleh membaca ulasan penuh yang dibuat oleh Public Health Malaysia di bawah.



Media-media antarabangsa turut membuat dakwaan bahawa aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat berpangkalan di St. Petersburg itu mengumpul data bagi pihak kerajaan Rusia.

Selain itu, FaceApp juga dikatakan sebuah perisian yang dibangun bagi melatih sistem pengecaman wajah untuk berfungsi dengan lebih efisyen.

Sejauh mana dakwaan berkenaan dapat dibuktikan tidak dapat dipastikan namun pihak FaceApp sendiri telah pun membuat kenyataan balas penafian.

Menurut FaceApp, semua gambar pengguna disimpan di dalam Cloud yang kebanyakan milik syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dan gambar-gambar berkenaan dipadamkan dalam tempoh 48 jam.

Sumber: Public Health Malaysia, Forbes, BBC
Read More »

PDRM Minta Pengguna Untuk Padam Segera 7 Aplikasi Ini Dari Peranti Mereka



Pada era moden ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab nampaknya semakin kerap melakukan intipan melalui medium digital seperti aplikasi telefon pintar, akaun atas talian dan sebagainya.

Ia dipandang serius oleh banyak pihak terutamanya pengguna dan pihak berkuasa sendiri. Pihak berkuasa di negara kita juga tidak terkecuali.

Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar tadi telah meminta pengguna telefon pintar di negara ini untuk memadam tujuh(7) aplikasi mudah alih sekiranya ia terpasang dalam peranti milik anda.

#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.
Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy

Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.
Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Oleh itu, anda semua diminta untuk menyemak kembali senarai aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti anda bagi memastikan tujuh(7) aplikasi di atas tidak berada dalam telefon milik anda.

Sebarkan untuk kebaikan bersama.


Sumber: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Read More »

Konon ikhlas tolong tukar tayar, rupanya nak meraba



Konon ikhlas tolong tukar tayar, rupanya nak meraba
Wajah suspek yang dirakamkan oleh Maisarah menerusi telefon bimbitnya.
 Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan
untuk dirakamkan keterangannya
KUALA LUMPUR: Seorang gadis melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki yang pada awalnya menawarkan bantuan untuk menukar tayar keretanya yang pancit ketika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), pada Selasa.

Ketika kejadian, Maisarah (bukan nama sebenar), 20, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Rawang menuju Glenmarie, Shah Alam untuk memulakan kerja di hari pertamanya.

Bagaimanapun, tayar keretanya pancit dan memaksanya memberhentikan kenderaan di bahu jalan, kira-kira pukul 7 pagi.

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an memberhentikan motosikalnya menawarkan bantuan menukar tayar kereta Maisarah.

Melihat air mukanya yang ikhlas mahu membantu, Maisarah tanpa ragu-ragu menerima pelawaan lelaki berkenaan.

Namun begitu, kata Maisarah, keikhlasan itu tidak lama apabila lelaki itu mula menunjukkan belang.

“Ketika berusaha menukar tayar, terdapat satu skru yang sukar dibuka.  Lelaki itu menyuruh saya menghubungi pasukan peronda dan ketika menunggu bantuan, dia minta tumpang duduk dalam kereta kerana cuaca panas di luar.

"Saya benarkan (dia duduk dalam kereta) dan saya mahu berdiri di luar, namun tiba-tiba lelaki itu tarik tangan saya masuk dalam kereta dan  kunci pintu,” kata Maisarah berkongsi detik-detik cemas yang dilaluinya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Menurut Maisara, sekalipun cemas dan ketakutan, namun dia tidak menunjukkannya kerana bimbang lelaki berkenaan akan bertindak lebih ganas.

“Saya pura-pura ‘cool’ dan sibuk dengan telefon tetapi tangan lelaki itu merayap di paha, saya tepis, namun tidak dapat melawan. Syukur tidak lama kemudian pasukan peronda tiba,” katanya.

Maisarah juga cuba untuk memaklumkan kepada petugas peronda lebuhraya mengenai kejadian berkenaan, namun lelaki itu menghalangnya beberapa kali.

Ketakutan Maisarah juga tidak terhenti di situ apabila lelaki berkenaan enggan beredar walaupun selepas petugas peronda selesai menukar tayar keretanya.

“Saya segera masuk dalam kereta tetapi lelaki itu masuk sekali, dia bertindak lebih ganas dengan menarik lengan saya dan cuba mencium saya malah membuka butang baju kemeja saya di bahagian atas.

"Ketika itu dalam keadaan yang meronta-ronta saya menjerit sekuat hati menyuruh dia keluar.

“Apabila saya jerit begitu, lelaki itu terus berhenti tetapi minta dicium jika mahu dia keluar, saya bertambah marah dan sekali lagi menjerit ke arahnya sebelum dia keluar,” cerita Maisarah lagi.

Sebelum beredar, Maisarah sempat menjerit kepada lelaki itu mempersoalkan keikhlasannya untuk menolong menukar tayar kereta.

“Saya jerit cakap ingatkan ikhlas nak tolong tukar tayar kalau ikhlas kenapa nak kena raba-raba?! Lelaki itu membalas ‘iyalah, sayakan lelaki’,” katanya. lagi

Maisarah kemudian bergegas ke balai polis Sungai Buloh untuk membuat laporan mengenai kejadian yang dialaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Polis sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi.   

Sumber : Astro Awani                                     
Read More »

Touch 'n Go eWallet PIN

Kepada pengguna baru TOUCH N GO eWALLET
Dapatkan (FREE RM6 + 5x 20% Tol Rebate) dgn hanya lakukan 5 step di bawah ni

  1. Download Apps Touch n Go eWallet di Playstore dan Apps store.
  2. Register ikut step sampai complete dan masukkan referral code: 63qzdi (5 X 20% Tol Rebat) 
  3. Bila complete klik 'RELOAD NOW' dekat main pages dalam Apps tu. 
  4. Kemudian klik TNG RELOAD PIN & masukkan mana2 no siri/pin gambar di bawah. Jika INVALID, wasap.my/60182703389/tngpin untuk pin baru 
  5. Done! Selain Tol, boleh juga berbelanja di lebih 50k merchant antara (Shell, MrDIY DLL)
*Satu softpin hanya untuk satu Acc sahaja..
*Sila wasap untuk no SIRI/PIN dalam kuantiti yang banyak jika mahu diberikan kepada orang lain.
wasap.my/60182703389/tngpin


3


2


1
Read More »

Pedas ayam fast food boleh menyebabkan usus cedera

Merujuk pemilik facebook di bawah mengatakan melalui pesanan doktor, pedas dari junkfood bukan natural cili atau lada yang datang dari tanaman atau pokok.. Kalau makan boleh membuatkan usus berlubang dan cedera serta buasir.

Kepada kepada mereka di luar sana. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan dalam hendak diduga. Kalau perut tidak tahan bersedia la pelbagai kemungkinan terutamanya cirit.

Read More »

Mini Cooper RM 4,500 Je? Ini Senarai Kereta Sita JPJ Yang Akan Dilelong Serendah RM450 Ogos Nanti



Korang yang tengah nak cari kereta lain, atau sesiapa yang baru nak pakai first car, boleh lah ke JPJ Bukit Katil pada 15 Ogos ini sebab mereka ada buat lelongan kereta dengan harga murah!
Ada 84 kereta yang akan dilelong bermula jam 9.30 pagi.
Mini Cooper RM 4,500




Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata antara kereta-kereta yang bakal dilelong bulan depan ialah Mini Cooper keluaran 2005 dengan harga bidaan RM 4,500.
Tambahnya kepada Berita Harian, semua kenderaan nak dilelong ni telah disita sejak tahun 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya..
87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper berkenaan,”
Antara kenderaan lain yang ada dalam senarai lelongan ialah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.
Harga rizab serendah RM 300

Tambahnya lagi, harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM 450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.
“Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk PERODUA Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.”
“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat perlu membeli naskhah dokumen lelongan dari kami pada harga RM100,” 
Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.
Semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8 dan 9 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan dikehendaki membayar deposit RM2,000 secara tunai sewaktu pendaftaran.”
Tapi jangan risau wang tersebut akan dikembalikan kalau bidaan tu tak berjaya, tapi akan ditolak daripada nilai bidaan sekiranya bidaan itu berjaya dibuat.

Sumber : LobakMerah
Read More »