Rabu, 10 Ogos 2011

Kotak fius kereta rosak

Kotak fius









Anda pernah mengalami masalah radio kereta tidak berfungsi atau tidak boleh menggunakan power dari tempat rokok? Semua masalah ini disebabkan oleh kotak fius yang menyambungkan alat elekronik tadi ke bekalan kuasa telah rosak. Di dalam kotak fius ini mempunyai kawalan untuk beberapa lagi alat elektronik di dalam paparan dashboard anda kawalan radio, heater, door lock dan airbag

Untuk kes ini, kerosakan telah menyebabkan sistem radio dan sistem pencucuh api terjejas. Apa yang perlu di lakukan adalah dengan membuka kotak fius di bawah stereng (bergantung jenis kereta) dan memeriksa fius-fius yang terlibat. Di dalam kotak fius ada pelbagai fius dan bagaimana kita hendak mengetahui fius mana yang terlibat. Itu mudah saja, di atas penutup kotak fius tu ada diagram yang menunjukkan susunan fius mengikut fungsi masing-masing (Gambar 6).

Berdasarkan diagram itu. cabut fius yang terlibat dan sila tengok sambungan pada tengah fius itu (Gambar 1 dan 2). Jika sambungan itu terputus bermakna fius itu rosak dan perlu di gantikan.


1. Sambungan tengah putus
2. Sambungan tengah putus
3. Biru cair adalah fius baru
4. Di bawah stereng
5. Lokasi kotak fius di bawah stereng
6. Diagram pada penutup kotak fius
7. Susunan di dalam kotak fius

Whatapp : www.wasap.my/60122919014/UnifiMaxisT

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bagaimana pula kalau radio tidak berfungsi, tiada bunyi, tapi bila on guna cd, dapat lak..