Rabu, 25 Jun 2008

Subang Jaya, Lebuhraya Persekutuan, Titiwangsa

Hari nie lepas jer urusan rasmi dari Pusat bandar Subang Jaya terus jer balik pulang ke KL. Dah lama giler x bawa kenderaan pergi subang jaya nie last sekali akhir tahun 2006. Skang nie x der kon2 pembinaan jln lagi kat belakang bangunan K4 dan Subang Parade. Antara rumah dgn subang jaya kalu ikut x der la jauh cuma nak melalui kena masuk "Federal Highway" yg mmg terkenal dgn jln jem teruk pada waktu puncak. Harap bila saat memerlukan "Federal Highway" tu nanti, x derla jem teruk tiap2 pagi dari KL-Shah Alam.

Masa nak pulang ke KL tu terus ke Mcd Jln Pahang. Bungkus dan terus pergi Titiwangsa. Sambil pandu slow2 tgk persekitaran Titiwangsa yg banyak sgt dah berubah. Teringat zaman kolej dulu. Tiap2 ptg berjalan kaki melalui Titiwangsa sampai ke bustop 70 sen. Maklumla nak jimat tambang punya pasal. Skang nie jln2 kat titiwangsa dah kemas dan bertambah selesa. Dgn Signboard utk pejalan Kaki, Aktiviti bertambah di pusat sukan dan paling baru "Mata Malaysia". 2 Tapak nyamuk membiak pun dah ader stesen minyak Shell dan Pusat Jual Kereta.