Ahad, 15 Mei 2011

Memasak Begedil

1. Kentang di rebus & di buang kulit









Semua orang tau apa itu begedil? begedil adalah makanan yang berasaskan kentang. Ianya antara makanan yang popular di gerai-gerai nasi berlauk. Selain makan bersama nasi ianya juga diletakkan di dalam apa-apa jenis Soto (Mee, Mihun, Nasi Impit). Biasanya harga di gerai berlauk di jual RM0.80- RM1.00 mengikut saiz . Terpulang pada empunya gerai hendak buat besar mana.

Di sebabkan tidak puas makan di gerai (Nak makan banyak nanti mahal nasi berlauk tu) jadi aku pun buat sendiri. Pada asalnya isteriku hendak buat begedil ni. Di sebabkan aku ada banyak masa terluang aku merancang membuat sendiri. Bahan-bahan semua telah di sediakan oleh isteriku dan aku cuma melaksanakan membuatnya. Akibat rasa tamak dan ingin kepuasan maksima jadi aku pun buat sehingga 6 biji kentang. Ketamakan ini makin teruk bila aku gumpalkan besar-besar tidak seperti di kedai yang buat kecil-kecil (Gerai lebihkan keuntungan dari pentingkan kepuasan pelanggan). 

Antara bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat  begedil ini. Bahan-bahan mudah je.
  • 6 biji kentang
  • 3 genggam daging kisar 
  • 1 1/2 garam
  • 1 1/2 lada hitam
  • daun sup yang dihiris halus
  • sebiji telur
Akhirnya begedil ini siap di masak. Lihat gambar-gambar di bawah. Rasanya 2/3 begedil ni aku yang bedal :-)
2. Kentang di lenyekkan
3 Bahan-bahan telah di sediakan
4. Bahan-bahan di gaul bersama
5. Kentang di ketulkan dengan telur 
6. Begedil siap untuk di makan

Tiada ulasan: