Ahad, 21 Ogos 2011

Beberapa kisah lawak untuk di baca II

Perjanjian SETAN

Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat.malam sabtu,mahupun malam
raya.Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Renah memang kenal benar dengan lembaga lelaki
yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Renah berasa takut dan menggigil
seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak
Renah.Kerungsingannya itu menarik perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak Renah sedaya upaya mengelak.