Sunday 21 August 2011

Beberapa kisah lawak untuk di baca II

Perjanjian SETAN

Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat.malam sabtu,mahupun malam
raya.Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Renah memang kenal benar dengan lembaga lelaki
yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Renah berasa takut dan menggigil
seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak
Renah.Kerungsingannya itu menarik perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak Renah sedaya upaya mengelak.

“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak Renah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Nora.Mak Renah tidak mahu Nora tahu lebih-lebih lagi
melibatkan masa depan anak daranya yang seorang itu.Mak Renah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret anak kesayangannya itu bersama
sekali.Mak Renah sedar lambat laun Nora akan dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian dengan lelaki berjambang tebal dan
berpakaian serba putih yang selalu hadir dalam mimpi Mak Renah.

Nora akan menjadi korban lantaran ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri.Dan hari ini,si lelaki berjambang itu akan datang menuntut Nora.Tiba tiba Mak
Renah kesesakan nafas memikirkannya dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi.Mak Renah lelah dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal
dan berpakaian serba putih itu datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Renah.

“Nora terpaksa kau korbankan! Kau tidak ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat, sangat.Mak Renah merayu sambil
berlinangan air mata.

“Berilah aku masa”

“Tolonglah tuan,,”

Nora tidak  tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai kerasukan lagaknya.Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya itu.Semenjak kematian ayahnya
Pak Hussein Lempoyang kira-kira lima tahun yang lalu,tidak sekali Mak renah berkelakuan begini.Nora percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh emaknya.

“Sehingga suatu hari Mak Renah berasa tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian putih itu menuntut janji.Mak Renah dalam
resah dan ketakutan menjelaskan perkara sebenarnya kepada Nora dengan perasaan berkecamuk.

“Maafkan mak,,Nora.Maafkanlah mak,,”

“Mengapa mak?” tanya Nora dengan penuh rasa ingin tahu.

“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak dah melakukan perjanjian dengan……….”

“Nora diam tidak mencelah,membiarkan Mak Renah menyudahkan cerita dengan payah.Nora sebenarnya sudah sedikit tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam
igauan Mak Renah.Sedikit sebanyak Nora mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya.Berderau hati Nora mendengarnya.

Selepas  itu,Nora banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Renah.Nora benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar menjadi
sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini.Nora telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Renah walaupun dirinya terpaksa
dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara selama ini.

“Nora anak mak,sebenarnya mak banyak berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang kerumah kita tu,”

“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu berkehendakkan Nora menjadi isterinya.”

Nora ternganga namun dalam hatinya berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap kali datang berniaga kain dan permaidani itu
bakal menjadi suaminya.Nora mengalih muka,mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke bilik.Mak Renah terkebil-kebil.

Sayup kedengaran suara Nora dari dalam biliknya,

“Nora sudi mak!”

Mak Renah mengurut dada….pasti malam ini tidurnya akan lena.




Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika

di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa

 yang menarik untuk di ceritakan dan digambarkan keesokan

harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk

menggambarkan hal menarik yang ditemuinya. Dia pun

menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya

"Datang Bulan". Guru nya pelik dan menanyakan apa alasan

 Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu yang menarik??..

Ali pun dengan selamba menjawab...

"Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan..

Tapi yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan dia

terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba

sakit jantung, ibu pula menangis tak berhenti dan anak muda

 yang sewa di sebelah rumah bunuh diri".......




Kisah Janda Yang Nakal

Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami. bercerai dengan
suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara

suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu
menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain. jadi selepas beberapa tahun,
janda
ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang
ketiga. dia lantas
mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3
syarat:

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. hebat di ranjang

so, selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat. lalu si
janda tu pun bukak pintu.
alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.
"saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak" kata si lelaki kudung tu.

Lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat
memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu laki tu berhujah: "syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi
disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"


"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya
tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.


"Eeerrrrr, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki
kudung tu dengan bangga.


Fikir2 lah sendiri ekkkk!!!!!!! !!!!!!!!




pak pandir da bijak...wahhhh

Pak pandir bekerja sebagai penoreh getah...
dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana
tIdak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah..
Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan
untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar
harga kasut sebelum membayar.


Sesampainya di pekan Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit.
Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong.
Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut. setelah mencuba dan
berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka
Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut.
Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah.
Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.
Dia pun berkata, "Boleh kasi kurang kah tokeh?".
Tokeh kedai menjawab "Berapa awak minta kurang?"
Pak Pandir menjawab " Kasi kurang dua ringgit lah.."
Tokeh itu menjawab, "Ok lah,... pakcik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit"
Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul.
Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya
perihal dia menawar harga kasut tersebut.
Isterinya bertanya, "Berapa harga kasut tu bang?"
Pak Pandir menjawab, "Harganya enam ringgit setengah... saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit.
jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.."
Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir.. dia bengong bagaimana
harga enam ringgit setengah bila di tawar harga menjadi semakin tinggi...
Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah di tawar jadi sepuluh ringgit...
Pak Pandir selamba menjawab..., "Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar duabelas ringgit, dikurangkan dua
ringgit jadi sepuluh ringgitlah" jawab pak pandir.

Isterinya berkata dalam hati... "Laki aku ni bodoh ke bangang ahhh.....??!!"




cinta songsang

Teruna: “Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.”
Cewek: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.”
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna:: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Dara: “Apakah kau pernah berlaku curang?”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Dara: “Maukah kau menciumku?”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”


No comments:

Post a Comment