Selasa, 5 April 2011

Insiden Komedi Di Stesen Minyak Shell Jalan Tun Razak

Ni ada satu cerita di waktu pagi. Sememangnya masa tu memang nak isi minyak kat stesen minyak tersebut. Tapi sebelum tu singgah kedai select nak beli sedikit pengalas perut maklum la pagi2 pun nak kena makan sama cam kereta juga. Tengah-tengah nak pilih benda nak beli tiba-tiba ada satu mamat nampak tergesa-gesa (kelam kabut) terus bagi duit dengan no pam sekali dan terus berlalu. Nampak cam ok jer cerita ni tapi sebenarnya rumit. Cuba dengar dialog mereka antara Pembeli dan Kaunter Juruwang.

Pembeli: RM 20, pam (x ingat), minyak biru (dengan pantas terus pergi ke kereta)

Cashier tersebut cam biasa ambil duit dan masukkan data kt mesin tunai. Tiba-tiba dia berhenti sejenak dengan terpinga-pinga dan memanggil balik Mamat tu.

Kaunter Juruwang: ???? Bang, bang, mana ada minyak biru?. Yang ada minyak kuning*, hijau* dan Diesel.

Pembeli: Oh ye ke. Alaa.. itu minyak 97.

Kaunter Juruwang: Oooo... itu minyak hijau. Ok.. Ok saya tekan minyak hijau..(sambil tersengih)


Mungkin mamat tu dah buta warna atau terlalu kelam kabut. sampai warna yang ader pun x nampak. Di fahamkan Kaunter Juruwang tu adalah seorang perempuan tempatan.


* kuning(ron95), hijau(ron 97)

Tiada ulasan: