Hidangan ni sangat ringkas dan mudah serta sedap. Sesuai untuk mereka yang bujang dan kurang masa. Bahan-bahan biasa ada di dapur.
Bahan-bahan
- Ayam di potong dadu (yang ni biasa selalu habis kat dapur)
- Bawang besar (hiris)
- Bawang putih (ketuk)
- Chili padi (belah)
- Gula
- Garam
- Serbuk kunyit
Bagaimana
Goreng ayam sampai garing (kalau mahu masak basah lebihkan minyak, kalau mahu masak kering kurangkan minyak). Selepas itu masuk bawang besar, bawang putih, chili padi, gula dan garam. Gaulkan semua. Akhir sekali masukkan serbuk kunyit. Goreng hingga masak.
P/s Boleh juga ditukar dengan daging