Walaupun telah mati meninggalkan kita semua, nampaknya nama hero Iron
Man tetap berjaya memastikan kemenangan ke atas saman ke atas mereka
yang mencuri idea dari buku komik Radix untuk poster Iron Man 3 empat
tahun lalu.
Untuk pengetahuan korang, poster yang menunjukkan Tony Stark berpakaian perisai Iron Man dalam keadaan bersedia untuk bertarung itu dikatakan telah meniru gaya pada salah satu babak watak Caliban yang terdapat di dalam komik hasil Ben dan Ray Lai pada tahun 2000.

Komik berkenaan dihasilkan oleh syarikat Horizon Comics dan terpaksa akur apabila kalah dalam tuntutan saman mereka kerana mendapati tiada bukti kukuh yang boleh mendakwa Marvel melakukan tiruan sama ada telah melihat lukisan Caliban atau dalam penghasilan poster Iron Man 3.
Mereka juga gagal menunjukkan bukti bahawa tiga edisi komik Radix yang diterbitkan pada 2001 hingga 2002 itu memaparkan lukisan watak Caliban.
No comments:
Post a Comment