Salah satu perkara yang tidak logik akal ialah lepas waktu Isya, adalah saat jantung bderhenti untuk berehat, jikas kita mandi ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung akibat masuk air. Sebaiknya mandi setelah i jam dari pukul 12 tengah malam. Mandi pada waktu ini kononnya dapat memberi tenaga semula.
Tetapi, anda jangan terus terpedaya dengan mitos ini. Penjelasan jururawat ini mungkin buat anda buka mata dan lebih prihatin dengan kesihatan diri anda. Menerusi laman Facebook Bel Nawhen ini, beliau menjelaskan beberapa fakta menarik tentang mandi pada waktu malam.
Mari kita ikuti penjelasan tentang mandi pada waktu malam ini.
1. Jika darah menjadi panas, maka melecurlah seluruh badan kerana darah mengalir melalui salurnya ke seluruh anggota badan termasuk otak.
Darah badan dalam purata suhu 36.5°c – 37.5°c. Kalau mandi macam mana pun darah tidak akan sejuk mahupun mengelegak. Penat setelah melakukan pekerjaan seharian adalah satu perkara normal yang dialami oleh setiap individu.
Sebab paru-paru berair adalah berlaku jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru (pneumonia) selain komplikasi lain. Degupan jantung normal setiap manusia dewasa adalah lingkungan 60-100 perminit dengan jumlah 100,000 detak sehari dan 3,600,000 setahun. Jika jantung lemah, bermakna memang ada masalah jantung. Bukan sebab mandi malam.
Jantung berdetak 24jam sehari, 365/366 hari setahun dan tidak perlu dicas. Ironman pun tak cas jantung mekanikal dia.
Jadi, janganlah pula bila berada dalam zaman moden ini, cara menjaga kebersihan pula ikut zaman tiada elektrik. Ingatlah bahawa jantung berheni bersamaan dengan mati, kulit manusia bukan sperti span yang menyerap air serta manusia bukanlah spongebob.
Sumber: Bel Nawhen
No comments:
Post a Comment