PDRM Minta Pengguna Untuk Padam Segera 7 Aplikasi Ini Dari Peranti Mereka
Pada era moden ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab nampaknya
semakin kerap melakukan intipan melalui medium digital seperti aplikasi
telefon pintar, akaun atas talian dan sebagainya.
Ia dipandang serius oleh banyak pihak terutamanya pengguna dan pihak
berkuasa sendiri. Pihak berkuasa di negara kita juga tidak terkecuali.
Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar
tadi telah meminta pengguna telefon pintar di negara ini untuk memadam
tujuh(7) aplikasi mudah alih sekiranya ia terpasang dalam peranti milik
anda.
#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang
berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam
Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna
melalui peranti pintar. Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar
data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon,
mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat. Aplikasi-aplikasi tersebut ialah: 1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free; 2. Spy Kids Tracker; 3. Phone Cell Tracker; 4. Mobile Tracking; 5. Spy Tracker; 6. SMS Tracker; dan 7. Employee Work Spy
Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google
dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah
direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan. Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang
dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan
(uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan. Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Oleh itu, anda semua diminta untuk menyemak kembali senarai aplikasi
yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti anda bagi memastikan
tujuh(7) aplikasi di atas tidak berada dalam telefon milik anda.
No comments:
Post a Comment