Friday, 26 July 2019

Terjebak Dengan Trend ”App” Ubahsuai Wajah Nampak Berusia, Ini Risiko Mungkin Anda Tidak Sedar



Sejak beberapa hari lalu tular mengenai kegairahan sebahagian warga maya berkongsi gambar yang diambil menggunakan aplikasi atas talian FaceApps.

Melalui aplikasi berkenaan, mana-mana pengguna berupaya membuat pengubahsuaian terhadap wajah sama ada mahu kelihatan lebih muda, lebih tua serta beberapa ciri-ciri menarik yang lain.

Walaupun begitu, yang kerap dikongsikan oleh warga maya di pelbagai platform media sosial masing-masing adalah pengubahsuaian wajah supaya kelihatan lebih tua.

Trend ini turut perhatian salah satu laman popular perkongsian ilmu kesihatan tanah air, Public Health Malaysia memberi ulasan.

Menurut portal berkenaan, aplikasi FaceApp kini sudah mempunyai lebih 150 juta pengguna di seluruh dunia.

Namun begitu, apa yang mendapat perhatian portal berkenaan adalah keupayaan aplikasi berkenaan untuk menyimpan semua gambar pengguna untuk satu tempoh yang lama selain boleh digunakan kembali untuk apa pun tujuannya.

Anda boleh membaca ulasan penuh yang dibuat oleh Public Health Malaysia di bawah.



Media-media antarabangsa turut membuat dakwaan bahawa aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat berpangkalan di St. Petersburg itu mengumpul data bagi pihak kerajaan Rusia.

Selain itu, FaceApp juga dikatakan sebuah perisian yang dibangun bagi melatih sistem pengecaman wajah untuk berfungsi dengan lebih efisyen.

Sejauh mana dakwaan berkenaan dapat dibuktikan tidak dapat dipastikan namun pihak FaceApp sendiri telah pun membuat kenyataan balas penafian.

Menurut FaceApp, semua gambar pengguna disimpan di dalam Cloud yang kebanyakan milik syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dan gambar-gambar berkenaan dipadamkan dalam tempoh 48 jam.

Sumber: Public Health Malaysia, Forbes, BBC

No comments:

Post a Comment