Tuesday 26 April 2011

Baby fair summit 23-24/4/2011 (pureen)

Baby Fair Summit

Tanggal 23/4/2011 yang lalu singgah pergi baby fair kat PJ. Tempat dia kat 'area' Toyota atau Kilang Vitagen. Lain-lain landmark ialah Digital Mall tapi jauh sedikit dari tapak lokasi baby fair ni. Tepat pukul 12 tengahari aku pun sampai kat area PJ. Jalan memang jem tapi mula-mula fikir bukan pasal baby fair tersebut tapi anggapan aku silap. Ternyata jalan jem itu disebabkan orang ramai menyerbu tempat tersebut. Bukan apa, memang patut orang ramai serbu sebab harga yang di jual memang murah. Mana tidaknya topi baby di jual dengan RM 1 dan banyak lagi barang lain di jual semurah RM 1. Mengikut orang yang selalu datang, baby fair bagi jenama ini paling murah berbanding baby fair jenama lain.
Keadaan dalam karnival tersebut agak sesak dan menyebabkan suasana panas dan berasak-asak. Karnival tersebut di buat sekitar kaki lima kilang summit dan hanya berbumbungkan kanvas(lihat gambar). Nanti bila ada lagi jom sama-sama kita serbu. Mengikut kata orang lain untuk 'next' baby fair yang ini akan di adakan bulan 6 2011. Bagi mereka yang ada baby atau yang akan melahirkan baby sama-sama la mengambil peluang ini.

No comments:

Post a Comment