Tuesday 12 April 2011

Kereta Untuk Perjalanan Jauh (Alignment + Balancing + Rotation)

Drive Shaft Kanan
Sebagaimana yang kita tahu, persiapan kereta untuk perjalanan jauh bagi memastikan tahap kelancaran kereta anda dan yang lebih penting adalah keselamatan kereta itu sendiri. Selain pemeriksaan biasa seperti minyak hitam, bateri, brake dan lain-lain. Tayar juga perlu diperiksa (angin mesti cukup).

Kalau nak tambah lagi kelancaran kereta perlu dibuat (Alignment + Balancing + Rotation) kat bahagian tayar. Kereta akan lancar untuk perjalanan jauh ditambah dengan jalan yang bengkang bengkok. Semua ni boleh dilakukan di kedai tayar di sekitar anda.

Apa tu alignment, balancing, rotation. Ikut fahaman aku dari kedai tayar.

rotation - tukar tayar depan ke belakang dan belakang ke depan
balancing - check semua tayar tadi samada lurus pusingan atau senget(gelung). Biasa diorang buat pakai mesin.

alignment - membetulkan arah tayar samada selari dengan stereng ketika lurus atau membelok. Ini pun mereka pakai mesin dan biasa mereka adjust pada skru sepanjang jari hantu di bahagian tepi rim (skru tu biasa mahal untuk di tukar mengikut jenis kereta).

* untuk lebih detail boleh rujuk di google.
Dari bahagian belakang kereta
Bawah enjin
Semasa diorang tengah melakukan kerja-kerja membaik pulih sempat juga aku "snap" gambar di bawah kereta. Setelah siap semua nya mekanik kata drive shaft sudah tidak beberapa elok. Bila check memang ader gegaran yang kecil pada sebelah kanan drift shaft kereta tu tapi terpaksa membiarkan dulu sebab belum bersedia untuk membaikpulih. Cuma nak tanya pendapat korang kalau hanya gegaran yg begitu kecil patutkah kita menukar baru atau membiarkan dulu. Apakah kesan nanti terhadap part yang lain.
Dari bahagian belakang kereta

No comments:

Post a Comment