Fast food |
Makan tengahari
KFC = RM 4.95 ( nasi + ayam + sayur (bijiran) + air coke)
Mcdonald = RM 5.95 (Burger + Kentang goreng + air coke)
Kedai Mamak = RM 6.70 (Nasi + ayam + sayur (RM 5) + air coke (RM1.70))
Kedai Melayu = RM 6.20 (Nasi + ayam + sayur (RM4.50) + air coke (RM1.70))
Di sini kita boleh lihat harga KFC atau MCdonald murah berbanding dengan kedai mamak dan kedai melayu. Di samping itu makan di 'fast food' lebih selesa dengan penghawa dingin. Kenapa kedai melayu dan mamak lebih mahal? Mungkin faktor kenaikan barang-barang utama (asas) yang tidak mampu di kawal kerajaan seperti bawang, ayam dan lain-lain. Mereka tidak dapat mengelak dari menaikkan harga makanan untuk mendapatkan untung. Itulah harga yang perlu di bayar rakyat Malaysia jika pihak berwajib gagal mengawal harga barang-barang utama.
Di sebabkan 'fast food' lebih murah ianya menarik minat pelajar juga orang lain untuk makan di situ. Berbalik kepada masalah pelajar sekolah, dalam berita buletin utama menyatakan ibu bapa memberi belanja sekolah dari RM5 hingga RM20 sehari. Jadi mereka mampu ke 'fast food' hari-hari. 15 tahun ke belakang 'fast food' dikategorikan makanan mahal. Dulu 'fast food' dalam harga RM5-7 dan pada yang sama makanan tengahari kedai biasa dalam RM 2.50-3.00 dan purata duit belanja pelajar sekolah masa tu dalam RM 1.50-2.00. Jadi mereka tidak mampu untuk 'fast food'.
Di tambah dengan zaman sekarang pelajar kurang aktiviti outdoor seperti layang-layang, gasing, guli dan lebih kepada aktiviti indoor yang lebih cenderung bermain PC atau bermain alat permain video (PS, Xbox). Jika tidak memikirkan jalan penyelesaian untuk membendung masalah obesiti ini maka makin ramai la pelajar-pelajar obesiti di masa depan.
No comments:
Post a Comment