Ahad, 3 April 2011

Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS)

Kaunter Ticket
Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan atau TBS. Keadaannya memang hebat dan canggih. Kemudahan dan permandangan di dalam hampir-hampir seperti lapangan terbang. Di sediakan papan jadual (Airport departure board) untuk melihat jadual perjalanan bas.


Kebanyakan kat TBS ni menggunakan sistem dari membeli tiket bas hinggakan membeli makanan kat food court. Samada sistem ini boleh menyelesaikan masalah ulat tiket. Kita tunggu dan lihat kehebatan ulat2 tiket akan datang untuk mengkucar kacirkan system yang ada.
Food Court
Kemudahan pengangkutan ke sini bagus, kerana ader 3 pilihan pengangkutan disediakan untuk ke sana iaitu melalui kemudahan ERL, LRT (STAR) dan Komuter. Kemudahan menunggu dan keadaan menaiki/turun dari bas juga selesa dengan keadaan yg tidak panas dan teratur. Dari keselamatan penumpang yang baru tiba atau baru naik rasanya terjamin. Sebab dulunya di sekitar mahupun di hentian puduraya itu sendiri byk kes2 seperti peras ugut (pau), ragut beg dan jenayah lain.

Mungkin di sebabkan lokasi puduraya itu sendiri berada di tempat yang ramai orang dan pihak2 yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam keadaan ini. Keadaan hentian puduraya yang susah di kawal itu juga menambahkan lagi faktor ini. Dan akhir sekali adakah TBS yg berharga RM570 juta akan memberi banyak kelebihan atau keburukan?

Platform Bas
Kelebihan yang ada mungkin telah diceritakan di atas dan keburukan  yang di maksudkan, adakah TBS cukup memberi pulangan yang berbaloi bagi pengusaha bas, peniaga-peniaga mahupun penumpang bas?. Terjaminkah harga tiket dan harga makanan/barangan di TBS?

Tiada ulasan: