Saturday 23 April 2011

Saham Bank Rakyat

No giliran ke 17
Minggu lepas aku pun turut serta beratur untuk mendapatkan saham bank rakyat. Setiap hari Bank Rakyat hanya buka 100 sahaja nombor untuk mendapatkan saham ini. Aku adalah orang yang ke 17 minggu lepas. Setelah di khabarkan awal bulan empat ramai orang tidak melepaskan peluang. Untuk permohonan baru kali ini adalah sebanyak rm505 minimum/maksimum. Dan pada mereka sebelum ini, mereka boleh memasukkan seberapa mereka mahukan dengan mengisi borang kebenaran limit (tak sure bawah 100k atau 200k). Untung la pada mereka yang sebelum ini.

Petikan dari akhbar ;

KUALA LUMPUR 2 April – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dibenarkan menaikkan modal berbayarnya sebanyak RM1 bilion lagi, sekali gus memberikan khabar gembira kepada lebih 800,000 ahlinya yang lama menunggu untuk menambah pelaburan mereka.
Bank koperasi Islam itu, pada bulan lepas memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayar kepada RM3 bilion, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata, dengan kebenaran itu, Bank Rakyat akan membuka peluang pelaburan kepada orang ramai terutamanya ahli untuk membeli saham pegangan dalam bank berkenaan mulai bulan depan.
”Peluang pelaburan ini bukan diberikan kepada semua orang tetapi sebaliknya diutamakan kepada koperasi-koperasi dan ahli-ahli setia Bank Rakyat,” katanya selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment