Friday 29 April 2011

Cara mengurangkan berat badan dengan berkesan!!

Kebanyakan kita menggunakan cara yang lambat untuk menurunkan berat badan. Kaedah yang sering di gunakan adalah dengan hanya Endurance (berjogging, berbasikal dan berenang) sahaja. Endurance sahaja boleh mengurangkan berat dan bagus untuk menguatkan jantung kita tetapi untuk mengurangkan berat dengan berkesan dan cepat hendaklah di gabungkan dengan kaedah-kaedah yang lain (nanti akan di ceritakan). Kaedah lain yang popular di gunakan adalah dengan tidak makan nasi atau kurang makan. Cara ini memang dapat mengurangkan berat secara mendadak tapi ianya tidak bertahan lama. Andai kata diet ini tidak teruskan maka berat badan yang turun tadi akan naik semua malah akan lebih teruk lagi. Pengambilan pil pengurus badan juga bukan la idea yang baik.

Image result for endurance

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana pil-pil yang ada di pasaran berperanan menghilangkan lemak. Adakah ianya bahaya atau tidak, bergantung kaedah pil itu membuang lemak. Apa yang di cadangkan adalah mengambil pil yang berperanan menaikkan metabolisma. Ianya adalah cara semulajadi untuk membantu mengurangkan berat dengan cara yang selamat. Jika peranan pil itu lain seperti itu adalah tidak di galakkan. Rujuk pada farmasi-farmasi untuk pil ini. Di bawah ni adalah kajian program yang di buat ke atas 72 orang berlebihan berat badan selama 8 minggu. Ada dua kategori, yang pertama kategori yang hanya melakukan Endurance (Cardio) selama 30 minit dan yang ke dua melakukan 15 minit Endurance (cardio) & 15 minit Weight Training (angkat beban).

(8 week program, 72 over weight individuals)


Endurance Training (30 min)

Endurance (15 min) & Weight Training (15 min)

Weight Change (lbs)

-3.5

-8

Fat Change (lbs)

-3

-10

Lean mass Change (lbs)

-0.5

2

Kalau kita lihat pada jadual di atas cara yang berkesan menurun berat adalah manggabungkan Endurance & Weight TrainingLean mass adalah otot pada badan. Kebanyakan wanita bimbang jika melakukan Weight Training otot mereka akan besar. Jangan bimbang sebab mereka yang ingin menambah size otot mempunyai diet yang tersendiri (pengambilan protein yang tinggi). Kalau kita amalkan permakanan berpandukan jadual pyramid (makanan seimbang) tidak perlu bimbang hal ini. Mengapa kalau kita hanya melakukan Endurance kurang berkesan? Ini sebab jika melakukan selama 30 minit hanya mengekalkan tempoh kadar metabolisma yang tinggi dalam tempoh 2-3 jam. Masalah lain yang akan berlaku ialah Lean mass (otot) akan mengecut. Berlainan jika menggabungkan Endurance & Weight Training akan mengekalkan kadar metabolisma yang tinggi dalam tempoh yang lama. Bawah ni satu lagi info lain yang telah di buat.

(8 week program, 40 obese women)


Control

Diet

Weight Training

Weight Training & Diet

Weight (kg)

-0.38

-4.47

0.45

-3.89

Fat (kg)

-0.07

-3.56

-0.62

-4.32

Lean mass (kg)

-0.31

-0.91

1.07

0.43

No comments:

Post a Comment